Thursday, August 18, 2011

Makluman daripada Poslaju


Salam semua,

Diharapkan agar semuanya sihat dan dapat menikmati kemanisan Ramadhan dengan sebaik-baiknya, insyaAllah.

Kami ingin memaklumkan kepada anda semua bahawa Poslaju telah menetapkan tarikh akhir penghantaran parcel sebelum Aidilfitri adalah pada 22 Ogos ini. Sebarang penghantaran selepas itu tidak akan dijamin sampai dalam masa 1-2 hari seperti biasa. Maklum saja musim raya ni, massive parcel overload! Kena kerja keras lah abang-abang posmen kita nampaknya.

Jadi, pastikan anda membuat tempahan awal jika mahu menerima parcel sebelum raya ya?

Terima kasih & selamat berpuasa!

Ikhlas,
Team Nutri M