Sunday, August 21, 2011

Cuti Aidilfitri


Salam Ramadhan yang ke 21 semua,

Kami doakan mudah-mudahan semuanya berada di dalam perlindungan & kasih sayangNya sentiasa. Bagaimana perjalanan rohani anda Ramadhan ini? Semoga kita sama-sama dapat memperolehi keampunan dan ketaqwaan di akhir Ramadhan nanti, insyaAllah.

Lebih kurang 9 hari lagi Syawal akan menjelma insyaAllah, jadi si sini kami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin jika ada salah dan silap di mana-mana. Kami juga ingin memaklumkan bahawa Nutri Enterprise akan bercuti sempena Aildilfitri dari 28 Ogos 2011 sehingga 5 September 2011 dan akan beroperasi seperti biasa selepas itu. Untuk sebarang pertanyaan, sila email kami di nutrienterprise@yahoo.com.

Akhir kata, selamat "memborong" pahala di malam-malam terakhir Ramadhan seperti mana bersemangatnya kita memborong baju/persiapan raya :) Mudah-mudahan kita dapat bertemu dengan LailatulQadr dan mendapat keredhaan, keampunan dan ketaqwaan di akhirnya insyaAllah.

Jaga diri semua.
Wassalam.

Ikhlas,
Team Nutri Enterprise 2011
"Cantik & Sihat, Seiringan."