Friday, June 24, 2011

Had Maksimum Bilangan Wakil Pengedar / Stokis di Senawang


Assalamualaikum wbt & salam sejahtera buat semua,

Alhamdulillah, produk Nutri Enterprise masih lagi mendapat sambutan yang amat menggalakkan nampaknya. Terima kasih yang tak terhingga dan tahniah juga kepada yang telah banyak menyokong & membantu perniagaan kami terutamanya kepada para wakil pengedar dan stokis Nutri M Shampoo dari seluruh negara. Jaringan wakil pengedar kami telah bertambah lagi beberapa minggu lepas dengan kesudian seorang warga Alor Setar, Kedah menjadi agen kami di sana. Untuk menghubungi beliau atau wakil-wakil pengedar serta stokis kami yang lain, sila rujuk senarai nama di footer blog ini ya?

Untuk makluman juga, produk kami telah menerima sambutan yang amat baik di kawasan Senawang, N. Sembilan dan kami telahpun mempunyai 3 orang wakil pengedar di sana. Mengambil kira keluasan kawasan & potensi persaingan yang sengit antara wakil-wakil pengedar di sana, kami telah berbincang dan sebulat suara membuat keputusan untuk tidak lagi melantik wakil pengedar untuk kawasan berkenaan atas dasar ingin mengawal pasaran setempat, melindungi kepentingan wakil-wakil pengedar di sana dan juga untuk mengelakkan daripada timbulnya isu-isu yang kurang menyenangkan di kemudian hari. Diharapkan agar usaha ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak hendaknya.

Walaubagaimanapun, kami masih mengalu-alukan sesiapa yang berminat untuk menjadi wakil pengedar atau stokis kami di kawasan-kawasan atau negeri-negeri lain seperti Sabah, Perlis & P.Pinang. Sila emailkan pertanyaan anda ke nutrienterprise@yahoo.com untuk mendapatkan keterangan lanjut. Tawaran harga yang menarik menanti anda!

Terima kasih sekali lagi di atas segala doa dan sokongan daripada anda semua. Hanya Allah s.w.t sahaja yang paling layak membalasnya. Jaga diri & salam Jumaat penuh berkat.

Sekian.

Ikhlas,
Team Nutri M