Sunday, March 27, 2011

Nutri M Black Syampoo Dianugerahkan Sijil Halal oleh IFRC Malaysia & Asia Region


Salam & Selamat petang semua,

Alhamdulillah, setelah berbulan-bulan menunggu, produk kami Nutri M Black Syampoo kini telah dianugerahkan Sijil Halal oleh sebuah organisasi bernama Islamic Food Research Centre (Malaysia & Asia Region) (IFRC) yang telah menguji semua bahan yang digunakan dalam syampu kami, dan terbukti ianya bebas daripada sebarang unsur-unsur yang meragukan, lebih-lebih lagi yang haram. Oleh itu, umat Islam bolehlah (secara rasminya) menggunakan produk ini tanpa ragu-ragu lagi kerana ia suci, bersih dan halal kandungannya.

Semoga hujung minggu anda dimanfaatkan dengan aktiviti-aktiviti yang sihat dan menceriakan! :)

Ikhlas,
Team Nutri M