Saturday, March 26, 2011

Makluman Penting!


Salam Jumaat & selamat pagi semua,

Alhamdulillah, sejak press coverage kami di akhbar Metro semalam, kami telah menerima panggilan telefon, sms & email yang tidak henti-henti sehingga jam 5 pagi tadi. Terlalu banyak sehinggakan talian telefon dan internet kami tergendala dan tidak berfungsi seperti biasa, mungkin kerana "data overload".

Kami telahpun memaklumkan masalah ini kepada pihak telco yang bertanggungjawab dan mereka sedang membaiki talian ini. Kami amat kesal dengan kesulitan ini dan ingin memohon maaf kerana lambat membalas email, sms dan panggilan telefon anda. Apapun, kami akan cuba sedaya upaya kami untuk membalas semuanya hari ini juga insyaAllah.

Kepada yang telah membuat tempahan, sama ada individu atau wakil-wakil pengedar kami yang sentiasa bekerja keras untuk memajukan perniagaan masing-masing, kami ingin ucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan dan kepercayaan anda terhadap produk Nutri Enterprise. InsyaAllah, kami doakan mudah-mudahan kita semua dianugerahkan nikmat rezeki yang halal dan berkat untuk dikongsi bersama.

Sekian, terima kasih.

Ikhlas,
Team Nutri M