Monday, February 27, 2012

Peringatan khas buat para wakil pengedar & stokis produk Nutri M.


Salam sayang semua, sedikit nota serius khas buat para wakil pengedar & stokis produk Nutri M.

Kami di HQ telah menjalankan beberapa "spot check" secara random ke atas wakil-wakil pengedar dan stokis kami sepanjang weekend yang lalu dan mendapati bahawa ada diantara anda yang :-

i) Menjual produk Nutri M dengan harga yang lebih tinggi dari yang telah ditetapkan seperti yang tertera & dipersetujui di dalam T&C belian borong.

Ingin kami maklumkan sekali lagi, harga jualan (RM39 utk Nutri M Anti Hairloss Regimen & RM55 utk Nutri M Black Shampoo) adalah TETAP, maksudnya ia TIDAK BOLEH dijual dengan harga yang lebih mahal kepada pelanggan. Kami wujudkan syarat ini untuk mengawal pasaran dan lebih-lebih lagi untuk berurusniaga secara adil dengan para pelanggan.

ii) Ada juga wakil pengedar yang tidak memberikan maklumat yang betul tentang produk yang seterusnya impresi yang kurang baik terhadap perniagaan kami. Motif? Wallahu'alam. Sebagai agen, bukankah anda sepatutnya cuba mempromosi produk yang dijual atau produk baru yang telah dilancarkan oleh Nutri Enterprise?

iii) Wakil pengedar yang tidak aktif atau tidak bersungguh-sungguh dalam penjualan (tetapi mahukan harga borong dengan diskaun melampau semasa awal pembelian dahulu).

iv) Wakil pengedar yang tiada stok produk in-hand tidak mahu mencadangkan kepada pelanggan supaya memesan produk terus dengan kami di HQ secara online.

Suka kami ingatkan di sini, kami tidak akan teragak-agak untuk memansuhkan status wakil pengedar atau stokis yang sebegini kerana kami komited untuk menjaga nama baik syarikat & untuk menjaga kepentingan pelanggan terutamanya. Kami telah melabur banyak di dalam pengiklanan sebagai usaha kami untuk membantu anda menjalankan perniagaan. Kami tidak menyokong sebarang urusniaga yang dijalankan dengan tidak jujur dan penuh hanky-panky.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

Ikhlas,
Team Nutri M