Monday, January 9, 2012

Pelajar IPTA Kantoi Tipu Transaksi


Salam semua. Beberapa hari kebelakangan ini, kami dapat mengenalpasti seorang pelajar IPTA wanita yang cuba membuat penipuan semasa berurusniaga dengan kami.

Modus operandinya :

1. Order produk via sms

2. Mendakwa sudah membuat bayaran dengan duit lebih dan meminta kami memulangkan semula bakinya bersama produk yang diposkan

Oleh kerana terlalu banyak order yang perlu kami proses dan terdapat sedikit confusion di situ, kami terlepas pandang akan hal ini dan terus saja mengepos produk dan duit baki kepadanya

3. Selang beberapa hari, dia membuat order sekali lagi dan mendakwa dirinya sedang berada di bank & ingin membuat pembayaran via mesin deposit, tetapi tidak mempunyai duit kecil e.g. RM100

4. Kemudian dia akan meminta kami mendepositkan semula bakinya dan mengepos barang yang dipesan

5. Bila disuruh menukarkan wang terlebih dahulu, dia diam & terus menghilangkan diri

6. Kemudian dia cuba menghubungi salah seorang daripada team kami untuk membuat "order" palsunya tetapi kali ini nampaknya tidak berjaya kerana sudah terkantoi.

Hakikatnya dia tidak pernah membuat apa-apa pembayaran, dan telah mendapat bukan sahaja produk percuma, malah "duit baki" yang diberi buta-buta sahaja!

Kami di Nutri Ent. telah berbincang dan bersetuju untuk mendedahkan identiti pelajar berkenaan sebagai langkah berjaga-jaga semua pihak terutama yang berniaga secara online supaya tidak tertipu dengan muslihatnya. Kami sudah terkena, harapnya jangan sampai anda pula yang menjadi mangsa.

Nama : Siti Naquiah Abdillah | Maybank Acc : 15738007***1 | Pelajar UiTM Shah Alam

Mesej terakhir yang diterima sebelum kami cuba memerangkapnya berbunyi : "Owh, awak pos je la. dah bank in RM100. nti awak refund balik ya. dah refund msj ya."

Bila kami tanya "masih belum dapat tukar duit dari hari tu?" terus tiada respon sehingga kini. Tau diri sudah terjerat, mungkin.

Kami mendoakan agar pelajar ini diberikan hidayah secepat mungkin, mudah-mudahan kesalahannya tidak dibayar "cash" di sini dan "bakinya" akan dibalas di Mahsyar kelak. Buat para peniaga online, kami sarankan anda supaya berhati-hati dengan muslihat ini dan semak semua transaksi urusniaga dengan terperinci.

"Biar lambat, asal selamat."

Ikhlas,
Team Nutri M